Pages

Tuesday, 9 September 2014


Assalamualaikum.

 Waktu pagi sebelum exam.

" wehhh, apa aku nak jawab exam ni, satu preparation pun aku tak buat. Chapter ni aku tak ulangkaji lagi. Chapter 5 pun aku tak ulangkaji lagi. aduhhh serabutnyaa. Apa aku nak jawab ni?' argghhhhh!

Pernah tak korang semua mengalami situasi macam di atas ni? Kalau aku jangan cakaplah, memang selalu. Bukan seorang pelajar contoh yang baik aku ni. hahaha. Tapi kalau korang fikir-fikir balik tu baru tak cukup persediaan dekat dunia. Cuba bayangkan macammana keadaan kita kalau bekalan kita tak mencukupi wak tu hari perhitungan tu nanti. Allahurabbi. Nauzubillah.

Aku pun pernah terfikir, macam manalah keadaan aku kalau Allah ambil nyawa aku waktu aku belum bersedia. Allah, Allah, Allah. Nauzubillah. Cuba bayangkan waktu tu kita belum solat taubat, ibadah yang kita buat masih sedikit, kita berada dalam keadaan berdosa dengan mak ayah, belum kira kalau kita ada hutang dengan kawan-kawan lagi, belum termasuk dosa kita mengumpat orang, memfitnah orang (kalau ada). Allah. Senang cerita kita tak buat apa-apa persediaan langsung.

Apalah nasib kita agaknya kan? Kalau tak buat persediaan dekat dunia, kesan dia mungkin hanya buat sementara waktu. Tapi, ini melibatkan alam akhirat. Yang kekal abadi. Bekalan kita hanyalh kebaikan dan ibadah kita di dunia sahaja. Masa tidak akan dapat diputar semula. Dah tak boleh berpatah balik. Allah, Allah, Allah. Tak dapat aku bayangkan macam mana nanti.

Jadi, dekat sini aku nak ingatkan diri aku nak ingatkan kalian yang kita mesti kena sentiasa bersedia dan memperbanyakkan ibadah kita untuk bekalan di sana nanti. Ajal dengan kita bukannya jauh. Sekali Allah kata kun fayakun maka terjadi lah ia. Sekali nama kita gugur, maka sudah tibalah masanya kita pergi menghadap ilahi. Moga pengakhiran kita semua baik-baik. Semoga kita mati dalam keadaan khusnul khotimah. Wallahualam.

Sang Hamba Hina ;')

Thursday, 4 September 2014


Assalamualaikum. 

Sunyi,
Ya aku sunyi,
Aku tak sunyi dari mendapat kasih-Nya,
Tapi aku sunyi kerana tiada dua orang insan yang aku cinta di sisi.

Manja,
Memang aku manja,
Aku manja dengan yang terpilih sahaja,
Hanya keluarga dan teman rapat,
Jangan hakimi aku,
Lumrah hidup.

Aku sunyi sangat,
Sunyi tanpa mendengar bebelan mereka,
Tiada tempat untuk aku bercerita,
Tiada tempat untuk aku mengadu,
Tiada tempat untuk aku mengada.

Aku tau aku tak patut sedih,
Aku patut gembira,
Tapi aku sunyi,
sangat sunyi

Benci,
Aku benci sangat perpisahan,
Walau ia cuma sementara.

Maaf,
Aku hanya rindukan mereka,
Aku rindu ibu,
Aku rindu ayah.

noktah....



Friday, 29 August 2014



Assalamualaikum semua, berakhrnya syawal bermakna bermulanya bulan haji. Labbaikallah humma labbaik. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Alhamdulillah ibu dan ayah aku diberikan rezeki untuk menunaikan haji pada tahun ni. Alhamdulillah.Esok ayah dengan ibu akan berangkat. Dieorg akan pergi ke Madinah dulu lepastu dari Madinah baru berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Ibu dengan ayah buat haji tamattuk.

Esok jugak aku dengan sedara-sedara dan kengkawan rapat ayah dengan ibu akan hantar my parents ke Kelana Jaya utk berkumpul. aduiiii, mesti nangis punya lah esok. hehehe. Tak pe, rezeki tu ayah dengan ibu dapat pergi buat haji awal. Lagipun sebulan je kan. 'kejap' je tu. hahaha

Esok jugak bermakna aku kena pikul satu lagi tanggungjawab yang besar iaitu dengan menggantikan tugas ibu dengan ayah untuk menjaga adik-adik aku yang dah besar panjang tu. susah giler. Ntah lah aku takut sebenarnya ni, mampu ke aku galas tanggungjawab yg besar tu, mampu ke aku? huaaaaaa.

Aku tak tau lah macammana keadaan aku masa ibu dengan ayah tak de nanti. Harap baiklah hendaknya. Tapi aku kena kuat and think positive Allah selalu ada untuk bantu aku. Wan pun ada, mak ngah ada, mak lang ada, pak cik ada and pak su ngan mak su pun ada. Lagipun apa yg aku nak risau sangat kan, adik-adik aku tu pun bukannya baby lagi. hehehe

Lastly, aku harap sangat-sangat ibu dengan ayah akan sentiasa sihat walafiat semasa mengerjakan haji nnti dan Insyaallah akan dikurniakan haji yang mabrur serta akan selamat pergi dan selamat balik. Amin ya rabbal alamin :')

Saturday, 19 July 2014



Hati perempuan yang satu ini,
nampak je ganas,
nampak je kental
nampak je gembira, bahagia.

Tapi siapa tahu, 
dia tengah tahan segala rasa yg dia alami,
tak nak orang tengok dia lemah,
menangis sendiri.

Kala malam— perempuan itu menangis.
saat pagi tiba— perempuan itu ceria semula.
melupakan kesakitan yg dia rasakan.


tidak perlu untuk kau faham hati si gadis,
kerana sampai bila pun kau tak mungkin akan faham.
dan takkan pernah faham akan kerapuhan hati sang gadis,
dia berharap kau faham akan segala perasaan yang dialaminya
saban hari dia menunggu dan terus menunggu,
tapi kesudahannya sungguh hampa.

Kini,
dia sedar bahawa dia harus bangkit,
melawan segala macam perasaan yang dialaminya,
sedih, kecewa, jatuh, dan segala lagi perasaan sang manusia,
Abaikan perasaan itu dan jadilah menusia yang sentiasa berjaya dari hari ke hari.
Sungguh aku tak kuat, aku tak kuat dalam menepis segala macam perasaan yang bertandang di hati. Tapi aku tahu yang aku harus kuat kerana Dia..

Terima kasih kerana 'memahami' aku. Terima kasih kerana 'pedulikan' aku. Terima kasih kerana 'selalu ada' di saat aku memerlukan kau. Terima kasih atas segalanya. Moga kau gembira. I'm 'Fine' :(

Friday, 18 July 2014

Ramadan Kareem


Assalamualaikum semua, rasa macam dah lama sgt aku tak update blog. I'm so busy and so lazy to update my blog. hehe. Jadi, pejam celik pejam celik, kita sedang menempuhi bulan Ramadan. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan utk bertemu dgn Ramadan kali ini. Alhamdulillah.

Jadi, camane ibadah korang kali ini? Bertambah ke idok? Harapnya ibadah kita bertambah dan mudah-mudahan diterima Allah. Insyaallah. Sekarang ini kita dah pun sampai ke 10 malam terakhir. Kena sesama pecut lah ye. hmm, faham tak apa yg nak dipecutnya? Kita sama-sama pecut utk tambahkan amal ibadat kita lah.

Lagi satu aku saja nak igtkan kita semua yang kita jangan sesekali pun rasa riak dan takbur dgn jumlah ibadah yg dah kita lakukan sepanjang Ramadan ni. Nak tau kenapa? Sebab Allah tak pandang kuantiti tapi Dia pandang kualiti Ye lah apa kejadahnya kalau ibadah kita beribu-ribu tapi niat kita untuk dapatkan pujian bukan kerana Allah. Lagi elok kalau ibadah kita sikit tapi kita niat kerana Allah dan buat secara konsisten. Tu baru mantop!! Hehehe. Aku ni bukan nasihat kan korang je tp aku pun tgh nasihatkan diri aku ni. Ye lah, manusia akhir zaman kena sentiasa beringat.

Aku rasa tu je kot yang aku nak tulis dah tak de idea dah ni. Haaa, lg satu harap korang semua boleh doakan aku dipermudahkan urusan untuk menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bulan 8 ni. Doakan aku ye. Okaylah itu sahaja untuk kali ini. Harap entri ni dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahualam. Assalamualaikum.

p/s : Al-Kahfi jgn lupa! Kalau tak mampu baca dengar pun jadilah. Mudah-mudahan Allah redha. Semoga Ramadan kali ini tidak menjadi Ramadan kita yg terakhir. Insyaallah.

Saturday, 14 June 2014




Assalamualaikum.

Kadang-kadang orang selalu nampak kita gembira, bahagia. Tapi tiada yang tahu kelukaan dan keperitan yang terpaksa kita hadapi dari hari ke hari. Ya, tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang mengerti melainkan Dia.

Aku manusia biasa, punya hati punya perasaan. Bukan sekadar boneka yang bergerak. Ya, aku ada banyak kekhilafan. Terlalu banyak. Tapi kekhilafan itu datangnya dari aku. Jadi, tidak perlulah mengungkit akan perihal orang tuaku. Its hurt me alot. Salah aku, buruk aku, jadi tidak perlu memburukkan dua orang yang paling aku sayang dalam dunia ini walau siapa pun engkau. Engkau tidak berhak!

Aku manusia biasa, punya perasaan. Itu perkara biasa. Lumrah kehidupan. Tapi, kini seringkali aku terganggu dengan perasaan yang pelik. Sudah puas aku menepis, tapi ia kerap kali bertandang. Aku curiga, aku keliru. Adakah keputusan aku ini benar dan diredhai-Nya. susah untuk diterangkan. Aku rindu perasaaan itu. Moga Dia hadirkan perasaan itu kembali.

Aku manusia biasa, aku juga perlukan sahabat yang akan sentiasa ada pada saat jatuh bangunku. Adakah aku seorang yang mementingkan diri? Adakah aku seorang yang sensitif? Aku terasa tersisih. Layananmu begitu kekok sekali padahal kita sangat akrab suatu masa dahulu. Allah. Hadirkanlah perasaan sayang kami kembali. Sesungguhnya aku amat memerlukan sahabat disisiku.

Ya, aku seorang manusia, seorang wanita, seorang Muslim dan aku amat memerlukan Dia dan amat memerlukan orang yang aku sayangi di sekelilingku agar aku dapat melakar suasana kehidupan dengan penuh kejayaan. Allah bantulah aku. Aamiin.

Friday, 14 February 2014



Terkadang aku alpa, aku lemah dek terbuai dengan keindahan dunia yang sementara dan penuh dengan kepalsuan,

Terkadang aku hanyut, aku terbuai dek kelalaian jiwa dalam arus kecintaan pada yang bukan hakiki. Aku hanyut dalam perasaan yang menyulam cinta palsu. Aku hanyut daripada mengejar cinta-Nya yang kekal abadi. Allah, aku lemah.

Aku merupakan manusia yang lemah lagi hina yang hanya menumpang seketika di tanah yang penuh rahmat dan berkat ini.

 Aku  manusia yang kerap kali tersilap langkah, yang kerap kali tersalah percaturan. Aku jahil kerana tidak berupaya untuk berfikir akan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu. Allah, Allah, Allah aku perlukan rahmat dan hidayahMu supaya aku kekal di atas landasan cintamu-Mu yang suci.

Kini, baru ku sedar yang selama ini aku hanya mengejar pada keseronokan hidup di dunia. Aku terlupa seketika akan tujuan hidupku di dunia yang sementara ini. Aku dibayangi dengan keseronokan dunia yang tiada penghujungnya, yang penuh dengan dosa dan kemurkaanMu.

Kala ini, aku dambakan pelukan cinta-Mu ya Rabb. Payungilah aku dengan hidayah Mu dan ampunilah segala dosa yang terpalit pada tubuhku yang hina ini. Allah.

Ya Rabb aku mohon kepada Mu supaya kau kurniakanlah aku hidayah dan ketenangan jiwa agar aku dapat tersedar daripada mimipi ngeri ini. Ampunilah segala dosaku Ya Rahim. Allahumma Aamiin.

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM....