Assalamualaikum semua, rasa macam dah lama sgt aku tak update blog. I'm so busy and so lazy to update my blog. hehe. Jadi, pejam celik pejam celik, kita sedang menempuhi bulan Ramadan. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan utk bertemu dgn Ramadan kali ini. Alhamdulillah.
Jadi, camane ibadah korang kali ini? Bertambah ke idok? Harapnya ibadah kita bertambah dan mudah-mudahan diterima Allah. Insyaallah. Sekarang ini kita dah pun sampai ke 10 malam terakhir. Kena sesama pecut lah ye. hmm, faham tak apa yg nak dipecutnya? Kita sama-sama pecut utk tambahkan amal ibadat kita lah.
Lagi satu aku saja nak igtkan kita semua yang kita jangan sesekali pun rasa riak dan takbur dgn jumlah ibadah yg dah kita lakukan sepanjang Ramadan ni. Nak tau kenapa? Sebab Allah tak pandang kuantiti tapi Dia pandang kualiti Ye lah apa kejadahnya kalau ibadah kita beribu-ribu tapi niat kita untuk dapatkan pujian bukan kerana Allah. Lagi elok kalau ibadah kita sikit tapi kita niat kerana Allah dan buat secara konsisten. Tu baru mantop!! Hehehe. Aku ni bukan nasihat kan korang je tp aku pun tgh nasihatkan diri aku ni. Ye lah, manusia akhir zaman kena sentiasa beringat.
Aku rasa tu je kot yang aku nak tulis dah tak de idea dah ni. Haaa, lg satu harap korang semua boleh doakan aku dipermudahkan urusan untuk menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bulan 8 ni. Doakan aku ye. Okaylah itu sahaja untuk kali ini. Harap entri ni dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahualam. Assalamualaikum.
p/s : Al-Kahfi jgn lupa! Kalau tak mampu baca dengar pun jadilah. Mudah-mudahan Allah redha. Semoga Ramadan kali ini tidak menjadi Ramadan kita yg terakhir. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment