Pages

Saturday, 19 July 2014



Hati perempuan yang satu ini,
nampak je ganas,
nampak je kental
nampak je gembira, bahagia.

Tapi siapa tahu, 
dia tengah tahan segala rasa yg dia alami,
tak nak orang tengok dia lemah,
menangis sendiri.

Kala malam— perempuan itu menangis.
saat pagi tiba— perempuan itu ceria semula.
melupakan kesakitan yg dia rasakan.


tidak perlu untuk kau faham hati si gadis,
kerana sampai bila pun kau tak mungkin akan faham.
dan takkan pernah faham akan kerapuhan hati sang gadis,
dia berharap kau faham akan segala perasaan yang dialaminya
saban hari dia menunggu dan terus menunggu,
tapi kesudahannya sungguh hampa.

Kini,
dia sedar bahawa dia harus bangkit,
melawan segala macam perasaan yang dialaminya,
sedih, kecewa, jatuh, dan segala lagi perasaan sang manusia,
Abaikan perasaan itu dan jadilah menusia yang sentiasa berjaya dari hari ke hari.
Sungguh aku tak kuat, aku tak kuat dalam menepis segala macam perasaan yang bertandang di hati. Tapi aku tahu yang aku harus kuat kerana Dia..

Terima kasih kerana 'memahami' aku. Terima kasih kerana 'pedulikan' aku. Terima kasih kerana 'selalu ada' di saat aku memerlukan kau. Terima kasih atas segalanya. Moga kau gembira. I'm 'Fine' :(

No comments:

Post a Comment