Pages

Friday, 29 August 2014



Assalamualaikum semua, berakhrnya syawal bermakna bermulanya bulan haji. Labbaikallah humma labbaik. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Alhamdulillah ibu dan ayah aku diberikan rezeki untuk menunaikan haji pada tahun ni. Alhamdulillah.Esok ayah dengan ibu akan berangkat. Dieorg akan pergi ke Madinah dulu lepastu dari Madinah baru berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Ibu dengan ayah buat haji tamattuk.

Esok jugak aku dengan sedara-sedara dan kengkawan rapat ayah dengan ibu akan hantar my parents ke Kelana Jaya utk berkumpul. aduiiii, mesti nangis punya lah esok. hehehe. Tak pe, rezeki tu ayah dengan ibu dapat pergi buat haji awal. Lagipun sebulan je kan. 'kejap' je tu. hahaha

Esok jugak bermakna aku kena pikul satu lagi tanggungjawab yang besar iaitu dengan menggantikan tugas ibu dengan ayah untuk menjaga adik-adik aku yang dah besar panjang tu. susah giler. Ntah lah aku takut sebenarnya ni, mampu ke aku galas tanggungjawab yg besar tu, mampu ke aku? huaaaaaa.

Aku tak tau lah macammana keadaan aku masa ibu dengan ayah tak de nanti. Harap baiklah hendaknya. Tapi aku kena kuat and think positive Allah selalu ada untuk bantu aku. Wan pun ada, mak ngah ada, mak lang ada, pak cik ada and pak su ngan mak su pun ada. Lagipun apa yg aku nak risau sangat kan, adik-adik aku tu pun bukannya baby lagi. hehehe

Lastly, aku harap sangat-sangat ibu dengan ayah akan sentiasa sihat walafiat semasa mengerjakan haji nnti dan Insyaallah akan dikurniakan haji yang mabrur serta akan selamat pergi dan selamat balik. Amin ya rabbal alamin :')

No comments:

Post a Comment