Pages

Tuesday, 9 September 2014


Assalamualaikum.

 Waktu pagi sebelum exam.

" wehhh, apa aku nak jawab exam ni, satu preparation pun aku tak buat. Chapter ni aku tak ulangkaji lagi. Chapter 5 pun aku tak ulangkaji lagi. aduhhh serabutnyaa. Apa aku nak jawab ni?' argghhhhh!

Pernah tak korang semua mengalami situasi macam di atas ni? Kalau aku jangan cakaplah, memang selalu. Bukan seorang pelajar contoh yang baik aku ni. hahaha. Tapi kalau korang fikir-fikir balik tu baru tak cukup persediaan dekat dunia. Cuba bayangkan macammana keadaan kita kalau bekalan kita tak mencukupi wak tu hari perhitungan tu nanti. Allahurabbi. Nauzubillah.

Aku pun pernah terfikir, macam manalah keadaan aku kalau Allah ambil nyawa aku waktu aku belum bersedia. Allah, Allah, Allah. Nauzubillah. Cuba bayangkan waktu tu kita belum solat taubat, ibadah yang kita buat masih sedikit, kita berada dalam keadaan berdosa dengan mak ayah, belum kira kalau kita ada hutang dengan kawan-kawan lagi, belum termasuk dosa kita mengumpat orang, memfitnah orang (kalau ada). Allah. Senang cerita kita tak buat apa-apa persediaan langsung.

Apalah nasib kita agaknya kan? Kalau tak buat persediaan dekat dunia, kesan dia mungkin hanya buat sementara waktu. Tapi, ini melibatkan alam akhirat. Yang kekal abadi. Bekalan kita hanyalh kebaikan dan ibadah kita di dunia sahaja. Masa tidak akan dapat diputar semula. Dah tak boleh berpatah balik. Allah, Allah, Allah. Tak dapat aku bayangkan macam mana nanti.

Jadi, dekat sini aku nak ingatkan diri aku nak ingatkan kalian yang kita mesti kena sentiasa bersedia dan memperbanyakkan ibadah kita untuk bekalan di sana nanti. Ajal dengan kita bukannya jauh. Sekali Allah kata kun fayakun maka terjadi lah ia. Sekali nama kita gugur, maka sudah tibalah masanya kita pergi menghadap ilahi. Moga pengakhiran kita semua baik-baik. Semoga kita mati dalam keadaan khusnul khotimah. Wallahualam.

Sang Hamba Hina ;')

No comments:

Post a Comment