Pages

Friday, 14 February 2014



Terkadang aku alpa, aku lemah dek terbuai dengan keindahan dunia yang sementara dan penuh dengan kepalsuan,

Terkadang aku hanyut, aku terbuai dek kelalaian jiwa dalam arus kecintaan pada yang bukan hakiki. Aku hanyut dalam perasaan yang menyulam cinta palsu. Aku hanyut daripada mengejar cinta-Nya yang kekal abadi. Allah, aku lemah.

Aku merupakan manusia yang lemah lagi hina yang hanya menumpang seketika di tanah yang penuh rahmat dan berkat ini.

 Aku  manusia yang kerap kali tersilap langkah, yang kerap kali tersalah percaturan. Aku jahil kerana tidak berupaya untuk berfikir akan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu. Allah, Allah, Allah aku perlukan rahmat dan hidayahMu supaya aku kekal di atas landasan cintamu-Mu yang suci.

Kini, baru ku sedar yang selama ini aku hanya mengejar pada keseronokan hidup di dunia. Aku terlupa seketika akan tujuan hidupku di dunia yang sementara ini. Aku dibayangi dengan keseronokan dunia yang tiada penghujungnya, yang penuh dengan dosa dan kemurkaanMu.

Kala ini, aku dambakan pelukan cinta-Mu ya Rabb. Payungilah aku dengan hidayah Mu dan ampunilah segala dosa yang terpalit pada tubuhku yang hina ini. Allah.

Ya Rabb aku mohon kepada Mu supaya kau kurniakanlah aku hidayah dan ketenangan jiwa agar aku dapat tersedar daripada mimipi ngeri ini. Ampunilah segala dosaku Ya Rahim. Allahumma Aamiin.

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM....

No comments:

Post a Comment