Assalamualaikum, ahhh lamanya rasa tak menulis sesuatu dalam blog ni. Rasa pelik je. Tapi nak buat macam mana kan, takde idea. Aku cerita beria ni macam ada je orang nak baca kan. Hahaha, Tak pelah, post ni untuk peringatan aku sendiri jugak nanti.
Harini, aku nak cerita pasal adab. Ye, adab. Perkataannya ringkas je berapa patah je hurufnya, tapi ia memainkan peranan yang amat amat penting dalam kehidupan kita dekat dunia ni.
Aku cuma nak ingatkan yang sebenarnya adab ni mesti ditekankan kepada semua peringkat umur, tak kiralah budak-budak ke remaja atau orang dewasa sekalipun. Semua orang mesti beradab terhadap satu sama lain.Tak kiralah orang tua dengan remaja, ibu bapa dengan anak-anak dan lain-lain.
Adab ni bukan kira pada umur. "ohh, budak ni lagi muda dari aku, jadi dia mesti beradab dengan aku, tapi aku tak yah nak jada adab aku dekat dia sebab aku lagi tua". Bukan, bukan macam tu. Rasulullah tak ajar kita macam tu, Rasulillah ajar kita beradab dengan semua orang, semua golongan walaupun dengan agama dan bangsa lain. Islam itu indah, jangan sebab perangai kita yang entah apa-apa agama lain pandang serong agama kita. Sedih tahu tak, penat Rasulullah bangunkan Islam, jaga nama baik Islam kita senang-senang je jatuhkan maruah agama kita.
Jadi, aku mohon supaya kita jaga adab kita dengan orang-orang sekeliling kita. Sama ada keluarga, rakan-rakan even strangers. Kecantikan tu bukan terletak pada paras rupa sahaja, kecantikan sebenar itu bila kita ni mempunyai hati yangmurni, akhlak dan adab yang cemerlang. Macam mana kita nak berjaya dunia akhirat kalau adab kita dengan saudara seagama pun ke laut. Fikir-fikirkanlah. Semoga bermanfaat, Fi hifzillah.