Pages

Sunday, 16 November 2014

Hati



Assalamualaikum. 

Aku rasa macam nak tulis sesuatu malam ni. Sesuatu yang lain. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin dengan penulisan aku ini, para lelaki dapat mengerti perasaan seseorang wanita. Mungkin akan ada  mulut yang akan berkata-kata. Tapi, aku cuma mahu berikan sedikit pandangan. hehe.

Aku tau aku tak sempurna. Aku ada kurang di mana-mana. Kalau kau harapkan yang sempurna, bukan aku. Kalau kau mahu yang cantik, bukan aku . Kalau kau mahu yang lemah lembut orangnya, juga bukan aku . Aku ni biasa-biasa je, Tiada yang istimewa.

Tapi, aku mahu kau tahu yang semua yang kau mahukan itu tidak kekal lama. Benar. Tidak ada gunanya aku berbohong. Kita ini manusia dan masa itu akan sentiasa berjalan. Semua benda akan ditelan masa, sedikit demi sedikit. Lumrah alam.

Tetapi, jika kau mahukan kesetiaan, sifat itu boleh dipupuk kerana perasaan itu datangnya dari hati. Jika kau mahukan cinta.Mungkin akan tercapai impianmu itu. Mahu tahu sebab apa? Kerana kita ini manusia bukan robot. Punya hati yang telah dikurniakan sang Ilahi untuk dicinta dan  mencintai. Dikasihi dan mengasihi. 

Sudah, itu sahaja pendapat aku buat malam ini. Maaf sekiranya aku menjadi begitu sarkastik pada malam ini. Tidak bermaksud begitu, tapi hati ini bagai dicucuk-cucuk kerana sakitnya perasaan itu. Sakitnya perasaan melihat para wanita teresak-esak kerana hal-hal sebegini. Kasihan. Sehingga aku jugak terasa peritnya. Berhentilah cari yang sempurna, kerana hanya Dia yang maha sempurna. 





No comments:

Post a Comment