Assalamualaikum.
Entah kenapa aku rasa macam ada satu perasaan yang pelik dan tidak diundang kerap kali bertandang ke dalam hati aku. Jujur aku kata aku benci perasaan itu. Benci. Perasaan itu kerap kali mengganggu aku, kerap. Sehingga fokus aku hilang. Aku mahu perasaan itu cepat beredar. Pergi jauh, jauh daripada aku.
Aku nak perasaan aku yang dahulu. Aku hidup aman, tenang dan gembira. Ya Allah, aku mohon buanglah perasaan itu daripada hati ini.
Moga-moga Allah pelihara hati aku yang satu ini sebab hatii itulah punca segala- galanya. Apabila cantiknya hati seseorang itu maka cantiklah juga luarannya. Moga dengan hati yang lebih tenang dan bersih, akan bertambah kuatlah cintaku pada sang Ilahi.
Ya Allah, aku mohon kepadamu peliharalah aku daripada sifat-sifat mazmumah dan tuntutan hawa nafsu, kuatkan lah cintaku pada-Mu dan kurniakanlah aku kehidupan yang aman dan tenteram.
Allahumma Aamin.
No comments:
Post a Comment