Assalamualaikum.
Kadang-kadang, aku pelik bercampur hairan
Mengapa masih terdapat manusia yang hanya pandai mencari salah dan kekurangan manusia lain dalam hidupnya?
Mereka hanya tahu menghukum dan menghakimi tanpa mengetahui kisah yang sebenar di sebalik kekhilafan itu.
Mereka fikir hanya mereka yang betul dan mulia
Kononnya mahu menjadi seseorang yang baik
Tetapi sedarkah mereka, perlakuan mereka itu membuatkan manusia lain terluka.
Niat sudah bagus, mahu menjadi yang terbaik
Tapi dalam masa yang sama mereka kurang satu perkara
Mereka kurang menjaga hubungan sesama manusia.
Hanya mahu menang dalam perdebatan.
Ayahku pernah berkata,
Kita mengalah dan berdiam sahaja
Kerana itu solusi terbaik.
Dia berkata lagi
Kita diam bukan kita kalah, tapi kerana kita kuat
Kita berusaha untuk menjaga nafsu daripada berkata yang bukan-bukan
Kita kuat kerana berjaya bersabar.
Duhai anakku,
Biarlah orang lihat kita lemah
Biarkan mereka, pedulikan mereka.
Lebih baik kau bersihkan hati, jaga iman dan jaga hubungan dengan Allah dan makhluknya.
Jangan jadi seperti mereka yang mempunyai padangan mata lalat,
Yang hanya nampak keburukan manusia lain tanpa mengetahui kisah yang terpendam
Husnudzonlah kamu dengan Allah.
Anakku,
Sambutlah tanda cinta Allah dengan hati yang terbuka,
Jangan pernah mengeluh, jangan pernah jatuh.
Teruskan bangkit,
Kerana ini baru sedikit asam garam dunia yang kau lihat.
Ayahmu ini akan selalu membantu dikala kau jatuh
Percayalah,
Allah selalu ada untuk membantumu.
No comments:
Post a Comment