Assalamualaikum, dunia sekarang ni dah lain. Macam-macam jenis orang kita akan jumpa sepanjang perjalanan hidup kita. Dari pengalaman ni jugak kita dapat tahu, mana satu kawan yang baik, mana satu musuh, mana satu jodoh dan sebagainya. Alhamdulillah sepanjang aku hidup ni dah macam-macam dah pengalaman yg Allah bg dekat aku.
Dari pengalaman ni lah aku dapat menilai mana satu kaca dan mana satu permata. Rakan yang baik itu diibaratkan sebagai permata. Ianya amat berharga kerana rakan yang baik itulah yang akan memimpin kita ke syurga Allah.
Seorang sahabat bertanya Rasulullah S.A.W ' Siapakah yg menjadi sahabat yang paling baik bg kami?'
Lalu Rasulullah pun menjawab ' Seseorg yg apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah S.W.T,apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat'. Allah, inilah sahabat yang benar-benar berukhuwah kerana Allah. Sahabat seperti inilah yang akan menarik kita ke syurga Allah.
Jadi, kalau kita mahu bersahabat carilah sahabat seperti ini, Insyaallah kita tidak akan rugi. Tetapi igt kita tak boleh hanya mencari sahabat seperti ini tetapi kita juga haruslah berusaha menjadi sahabat yang terbaik supaya kita sama-sama dapat berukhuwah kerana Allah. Hablumminallah hablumminannas. Wallahualam. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment