Pages

Friday, 27 December 2013

Hari Memasak Sedunia



Assalamualaikum, harini aku nak cerita pasal makanan. woahh, gemuk lah korang lepas dah baca entry ni. Hehe.  maafkan saya, sesaja je nak cerita, lgpun aku nak share resepi je. Benda baikkan bukannya jahat pun. Jadi, mesti korang tertanya kenapa lah tajuk entry ni  Hari Memasak Sedunia. Sebabnya ialah harini aku telah berjaya memasak 4 jenis makanan dalam satu hari. woahhh. Banyak tu nena, kau bulur ke hape? Haha, tak de lah ni nak practice je sbb Insyaallah tahun dpn ibu ayah aku akn pergi menunaikan haji, jadi mestilah kakak sulungnya yang kena memasak kan? Insyaallah. 

Jadi harini aku nak share 3 resepi makanan yang telah aku hasilkan harini.Yang lagi satu resepi tu aku tak expert sgt sbb ayah aku ada tolong sikit. Hehehe. Harap korang semua terliur lah ye. Kalau anda semua rajin silalah mencubanya. Sangat senang dan ringkas je resepi ni. Tak rugi pun. Insyaallah.

RESEPI DAGING MASAK KICAP MUDAH

BAHAN-BAHANNYA :
  1. Daging seberapa yang perlu
  2. Kicap manis cap udang
  3. Kicap masin cap udang
  4. 2 sudu besar cili boh
  5. Sebiji bawang besar (dihiris)
  6. 3 ulas bawang putih (dihiris)
  7. Sedikit gula
  8. Lada besar (dihiris serong)
  9. Halia (dihiris halus)
CARA-CARANYA :
  • Rebuskan daging lembu sehingga empuk dan asingkannya. Air rebusannya jgn dibuang.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama sehingga naik bau dan berwarna keperangan serta masukkan 2 sudu cili boh (boleh tambah bilangan mengikut citarasa sendiri)
  • Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan masukkan kicap manis sehingga mencukupi (ikut citarasa sendiri) serta masukkan 2 sudu kicap masin. Gaulkan sehingga sebati.
  • Tunggu beberapa minit dan masukkan 2 senduk air rebusan ke dalam kuali untuk menghasilkan sedikit kuah.
  • Tunggu selama beberapa minit sehingga hidangan sudah betul-betul masak.
  • Untuk sentuhan terakhir masukkan cili besar yang telah dihiris serong sebagai hiasan tambahan dan untuk sedikit rasa
RESEPI KEK BATIK BERCOKLAT


BAHAN-BAHANNYA :
  1. 1 paket biskut marie
  2. 4 senduk besar milo
  3. Separuh tin susu pekat
  4. 1 paket butter
  5. 5 sudu besar air kosong
CARA-CARANYA :
  • Panaskan kuali dan cairkan butter di dalam kuali. Pastikan api kecil dan sentiasa kacau butter untuk mengelakkannya daripada hangus.
  • Apabila butter telah betul-betul cair masukkan separuh tin susu pekat (boleh tambah kuantiti ikut citarasa sendiri). Sentiasa gaulkan adunan.
  • Seterusnya masukkan 4 senduk besar milo ke dalam adunan. Gaulkan sehingga sebati dan tambahkan 5 sudu besar air kosong untuk mencairkan sedikit adunan bagi mendapatkan adunan coklat yang banyak.
  • Biarkan adunan sehingga menggelegak, kemudian tutupkan api.
  • Sebelum memasukkan biskut marie ke dalam adunan pastikan biskut tu kita patah-patahkan dahulu. Sama ada patahkan kepada 2 atau 4 bahagian.
  • Mesti masukkan biskut ke dalam adunan semasa adunan masih panas. Gaulkan biskut dan adunan coklat sehingga sebati.
  • Selepas sebati, masukkan adunan biskut dan coklat ke dalam bekas dan sejukkannya.
RESEPI PENGAT PISANG SIMPLE


BAHAN-BAHANNYA :

  1. Beberapa sikat pisang nangka
  2. Sagu mata ikan 
  3. Setengah santan kotak
  4. Sebiji gula melaka
  5. 2 helai daun pandan
  6. 2 sudu besar gula pasir
  7. Mi kering bulat
  8. Satu jug air kosong
CARA-CARANYA :

  • Isikan periuk dengan setengah jug air dan panaskannya,
  • Kemudian masukkan sebiji gula melaka dan 2 helai daun pandan yang diikat bersama.
  • Biarkan gula melaka cair di dalam kuali dan masukkan pisang nangka yang telah dipotong serong. Biarkan ianya menggelegak seketika. Kemudian bolehlan masukkan sagu mata ikan dan mi kering bulat sebagai tambahan.
  • Selepas itu masukkan setengah santan kotak ke dalam kuali dan masukkan 2 sudu besar gula pasir untuk menambahkan kemanisan pengat.
  • Biarkan pengat menggelegak beberapa minit dan pengat sudah boleh dihidangkan.

Jadi, amacam okay tak resepi aku ni. Kalau rasa sedap silalah rajinkan diri korang utk cuba buat sendiri. Manalah tau kot-kot korang ada bakat terpendam.Hehe. Tp kalau korang nak makanan korang lebih sedap korang boleh guna petua-petua ni. Insyaallah makanan korang bukan je sedapt tp ada berkat. Insyaallah. Antara petua yang aku nak kongsi ialah kalau korang nak bilas makanan korang bilas dengan selawat dan zikir. Ibu aku selalu pesan mcmtu, Insyaallah ada berkatnya. Okay,sampai sini je dulu perkongsian aku untuk harini, Insyaallah ada masa nnti aku akan update lg blog ni ye. Assalamualaikum, uhibbukum fillah abadan abada reader. Fi Hifzillah :3







No comments:

Post a Comment