Pages

Sunday, 29 December 2013

Perempuan vs Aurat


'Bosan lah, asyik2 cerita pasal aurat, mcm dah tk de topik lain je. Dahtu kalau nk tutup aurat tu tutup je lah sensorang ni tak habis2 sibuk dengan hal org. Kubur lain-lain lah. aduhh, sibuk je minah ni.'

Mungkin itu adalah salah satu isi hati seorang gadis. Bosan, asyik ulang benda yang sama, semak dan sebagainya. Semoga Allah berikan gadis-gadis ini hidayah. Nak dijadikan cerita aurat dengan perempuan mmg sama sekali tk boleh dipisahkan. Maybe ramai ukhti2 kat luar sana yg dh bosan, asyik2 cerita pasal aurat yang sememangnya mereka dah arif tentang hal ini. Same goes to me. Tp kita kena igt bahawa kita ni seorang manusia, yg mudah lalai dek hal duniawi sama lah dgn aku. Aku ni pun manusia biasa, banyak lg kekhilafan kt diri ni ha. Tp sebagai umat Islam dan saudara sesama Islam kita mesti menasihati sesama sendiri. Kalau korang salah aku tegur, kalau aku salah korang tegur. Adil bukan? Lagipun tak best lah kalau kita masuk syurga sensorang. Kita kan bersaudara. Jd harapnya kita takkan pernah bosan utk menasihati dan dinasihati.

Okay lets talk about our aurat. Seperti yg kita ketahui mengikut mazhab syafi'e aurat seorg perempuan Islam ialah semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tp kebanyakan gadis zaman sekarang aurat nya semua dah tutup tapi sayangnya bertelanjang.' woii nena kata aurat dh tutup yg kau ckp kiteorg telanjang ni apehal? carik gaduh ke?' Ehh, kengkawan semua jgn salah faham, maksud telanjang di sini ialah:
  • pakai tudung tp baju lengan pendek dan seluar jean sendat 
  • pakai tudung tp pakai legging
  • pakai tudung tp baju jarang
  • pakai tudung tp nampak dada
  • pakai tudung tp kaki tak tutup
  • pakai tudung tp dress/ jubah nampak bentuk badan
  • pakai tudung tp tudung jarang sampai nampak bentuk leher
Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (HR Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)



Allah, Allah, Allah.Ukhti- ukhti yang disayangi, ini bukan pakaian seorang muslimah. Bg korang mmg lah nampak cantik tp bg pendapat aku korang ni tk ubah mcm mangsa fesyen. Sanggup pakai pakaian cmtu semata-mata mahukan  pujian org ramai. Sedarlah korang, kita ni tak tau ajal kita, bila2 je boleh mati. Nak ke kita mati tanpa ada bekalan utk ke akhirat? Apa nasib kita nnti? Allah. Jd aku menyeru semua perempuan Islam supaya jagalah aurat kalian, kalian amat berharga. Simpanlah kecantikan korang tu utk yang halal je. Takkan nak bg suami korang yg second hand je kan?  Aku tk kan memaksa korang utk berubah secara drastik. Mulakan dgn yg paling asas dengan melabuhkan sikit tudung korang, lepastu bolehlah mula pakai stokin dan melonggarkan pakaian dan yang paling penting sekali korang kena istiqamah dan berubah kerana Allah. Lillahi taala. Insyaallah dgn izin-Nya Allah akn menghantar sahabt yg baik utk membimbing korang ke jalan-Nya. Insyaallah. Aku doakan kepada sahabat aku l yg nak berubah di luar sana, agar diberikan kemudahan utk berhijrah mnjd muslimah yg lebih baik. Allahumma Aamiin.


Tak bermakna aku sudah cukup sempurna apabila menasihati org. Aku hanya menyampaikan. Alhamdulillah. Sehingga berjumpa lg, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment